Anda Berminat Nak Buat Bisnes Aiskrim Part Time?
Belajar Cara Buat Aiskrim Malaysia Dan Pelbagai Jenis Aiskrim Lagi Dengan Coach Terkemuka Di Malaysia..
Tahukah Anda? Anda boleh menjana pendapatan sampingan sehingga empat atau lima angka sebulan dengan hanya bisnes aiskrim di Malaysia?
Baca sampai habis untuk ketahui bagaimana caranya..
Dari Meja Pengemudi Stall Aiskrim :
Afiq Dato’Rusly,
Jurulatih Usahawan Makanan & Masakan Komersial Terkemuka Malaysia
RE: Panduan Jana RM 4 Angka Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim
Assalamualaikum dan Salam Hormat buat rakan-rakan usahawan & bakal usahawan makanan...
Saya percaya majoriti rakyat Malaysia ada masalah kewangan. Namun, orang yang bijak tidak akan lari daripada masalah.
Sebaliknya mereka berfikir, bagaimana cara nak menyelesaikan-nya. Salah satu caranya adalah menambah jumlah ‘Side-Income’ kita…
Kerja tetap anda masih boleh diteruskan. Itu kerjaya utama anda. Apa yang saya nak bongkarkan ni adalah pendapatan sampingan yang boleh menjana sekitar RM5 ribu sebulan…
Nampak menarik kan?
Dengar macam mudah… tapi bagaimana nak tambah pendapatan sampingan tanpa ganggu kerja utama kita?
Cara yang terbaik saat ini ialah ...
Memulakan Bisnes Aiskrim
Bukan bisnes aiskrim yang biasa-biasa, tapi ini luar biasa… Inilah salah-satu perniagaan yang...
✅ Tidak memerlukan modal runcit yang besar,
✅ Tidak memerlukan kepakaran atau skill yang tinggi,
✅ Tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.
Tapi sebelum tu, mesti anda tertanya-tanya.. siapa lah saya ini yang nak sembang tentang Bisnes Aiskrim ni.
Betul tak?
Izinkan saya berkongsi serba-sedikit mengenai perihal latar-belakang diri saya ...
Siapa Brader Ni Nak Sembang Lebat Tentang Bisnes Aiskrim? Power Sangat Ke? Ada Pengalaman Ke?
Baiklah, izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu ...
Nama saya Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.
Untuk lebih mudah kan cerita, saya ni sebenarnya anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”.
Mungkin anda dah kenal dengan ayah saya ni :-)
Saya dilahirkan di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan telah mula mengasah bakat dalam kulinari sejak menuntut di UiTM
Saya mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy
Alhamdulillah, sepanjang penglibatan saya dalam bidang kulinari ini, saya telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li
Kursus masakan komersial ini telah diasaskan oleh bapa saya sendiri, Dato’ Hj. Rusly Abdullah
Saya kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan.
Selain itu saya turut giat membantu bapa saya sendiri melatih usahawan di Pondok Industri Darul Tijary, iaitu pondok ala pesantren yang diasaskan oleh bapa saya untuk melatih pemuda-pemudi di dalam bidang perniagaan dan agama.
Kini saya mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan.
Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat.
Begitulah serba-sedikit pengenalan mengenai diri saya serta pengalaman-pengalaman saya dalam bidang industri makanan dan masakan.
Kenapa Saya Bersungguh Nak Bantu Anda Mulakan Bisnes Aiskrim?
Pada tahun 2014, saya telah terbitkan satu ebook yang bertajuk “Rahsia Menjana RM10k Sebulan Dengan Bisnes Burger”.
Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan. Ebook tersebut bestseller. Ramai juga daripada pembaca yang sudah berjaya.
Daripada penulisan saya itu, saya dijemput oleh jabatan & agensi untuk memberi talk tentang bisnes burger.
Dalam sesi tersebut, saya banyak berinteraksi dengan mereka yang minat berniaga. Namun, ada beberapa masalah utama khas untuk peniaga makanan kecil.
Bila saya selidik, rupanya mereka ada masalah ini :
❌ Tidak tahu nak berniaga apa?
❌ Tidak tahu bagaimana nak bermula?
❌ Tidak tahu kadar keuntungan untuk satu produk? (Margin untung yang berbaloi)
Dalam masa yang sama, ada beberapa kekangan atau halangan tertentu yang menyebabkan idea tambah duit dengan bisnes burger ini terbantut bagi sesetengah golongan.
Antaranya...
❌ Ada kerjaya tetap. Tidak sanggup berhenti kerja semata-mata nak buka stall burger. Confirm keluarga akan tentang habis-habisan.
❌ Tidak ada skill memasak. Pegang senduk pun sebulan tak sekali. Tiba-tiba masak burger. Boleh gigil lutut masak depan pelanggan.
❌ Status wanita atau perempuan. Jatuh tu air muka. Lagi-lagi ada pula mamat-mamat miang yang menggatal.
❌ Dah mula bisnes burger, tapi tak larat. Sampai tengah malam baru balik. Nak kemas stall lagi. Penat wei…
❌ Paling lejen. Penyakit hasad dengki peniaga lama. Perangai orang Melayu ni lain macam sikit. Tak boleh tengok bisnes kita laku…
Disebabkan kekangan inilah saya fikir semula. Dan saya jumpa penyelesaian yang sangat simple dan praktikal.
Cara yang terbaik saat ini untuk tambah pendapatan sampingan yang lumayan adalah dengan memulakan bisnes aiskrim.
Antara sebabnya...
✅ Modal runcitnya yang rendah.
✅ Margin untung yang tinggi.
✅ Tidak perlukan skill kemahiran yang tinggi.
✅ Hanya bunyikan loceng & tanya nak aiskrim yang mana.
Sangat mudah…
Maka tidak hairanlah, kenapa majoriti warga asing seperti Bangladesh, Myanmar & Pakistan mampu jual aiskrim walaupun tak fasih berbahasa Melayu.. :)
Bisnes Aiskrim Ni Memang Nampak Macam Best, Tapi....
Mungkin anda ada kemusykilan yang buatkan anda terhenti seketika untuk mulakan Bisnes Aiskrim.
Adakah ini yang buatkan anda pening kepala memikirkannya ...
❓ “Orang kata nak berniaga ni kena ada ilmu. Kalau tak de memang lambat sikit nak berjaya. Dekat mana nak tahu ilmu tu?”
❓ “Takkan aku nak jadi bangla pulak. Pergi round dekat taman permainan. Buatnya jiran aku nampak, fuh malu beb…”
❓ “Untung ke bisnes ais krim ni? Nak jual dekat mana? Macam mana boleh dapat sampai RM5k sebulan tu? Mesti margin untung dia besar…”
❓ “Nak jual aiskrim. Mesti kena tahu resepinya. Cara buatnya, mana nak dapat semua resepi tu?… ais krim Malaysia 20 sen tahu lah aku buat..”
❓ “Daripada segi cerita, memang minat dah ni… tapi apa langkah pertamanya? Macam mana nak mula? Nak kena buat apa dulu?”
❓ “Berapa modal mulakan bisnes ais krim ni? … Apa barang kena beli? Guna mesin apa? Bagaimana cara prosesnya?”
Sudah, kini anda dah tak perlu nak pening-pening lagi fikirkan segala permasalahan di atas ...
Segala persoalan di atas bakal dijawab untuk anda ...
Saya sendiri akan bantu dan bimbing anda langkah-demi-langkah melalui ebook panduan hasil tulisan saya sendiri ini ...
Memperkenalkan ...
Ebook Bisnes Aiskrim – “Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim!”
Sebelum kita masuk lebih mendalam, mari saya kongsikan bersama anda serba-sedikit info secara amnya mengenai ebook Bisnes Aiskrim ini ...
✅ Ebook panduan ini ditulis oleh saya sendiri bukan saya upah orang lain. Ebook ini khusus untuk mereka yang ingin tambah pendapatan dengan bisnes aiskrim.
✅ Ebook ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri. Saya bukanlah jenis rembat isi dekat Google untuk dijadikan ebook. Ini ebook premium.
✅ Aspek yang dikupas dalam ebook ini meliputi resepi rahsia produk, pemasaran, pengurusan, & operasi untuk bisnes aiskrim sahaja.
✅ Ada 54 m/s. Disusun mengikut tertib. Senang dibaca & mudah faham. Saiz huruf tidak menyakitkan mata. Ada gambar untuk memudahkan pemahaman.
Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook Panduan Bisnes Aiskrim Ini? Mari Kita Lihat...
Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...
Bahagian Pendahuluan.
Pada bahagian ini, saya akan cerita tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh.
Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.
Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim
Dalam bab ini, saya akan ceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?
Dalam bab ini juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. :)
Saya akan terangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. :)
Bab 2: Mengenali Jenis Aiskrim?
Aiskrim ni sebenarnya ada banyak jenis dan kategori. Jadi, dalam bab ini saya ceritakan dengan mendalam tentang 2 jenis aiskrim yang sering bertembung di dalam menarik perhatian pembeli.
Saya ceritakan tentang kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis aiskrim tersebut!
Dari situ, anda boleh tahu dan boleh pilih, aiskrim jenis apa yang anda ingin buat dan jual!
Bab 3: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?
Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggang motor keliling taman.
Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Saya akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.
Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.
Bab 4: Persiapan & Peralatan Memulakan Bisnes Aiskrim!
Apa peralatan yang diperlukan? Mesin apa yang nak guna untuk buat aiskrim? Kat mana nak simpan aiskrim yang dah siap dibuat?
Tong jenis macam mana yang nak digunakan untuk letak aiskrim supaya tidak mudah cair sewaktu menjual nanti?
Semua perihal berkaitan peralatan dan kelengkapan untuk membuat dan menjual aiskrim, saya senaraikan satu demi satu di dalam bab ini!
Saya sertakan sekali gambar setiap peralatan. Insyaallah, mudah faham.
Bab 5: Resepi & Cara Membuat Aiskrim
Apa resepinya? Apa bahan-bahan yang diperlukan? Bagaimana nak buat aiskrim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?
Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin keuntungan yang tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.
Jangan risau, dalam bab ini saya terangkan terperinci apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim, saya turut sertakan gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit.
Siap jenama brand saya beritahu.
Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!
Bab 6 : Siap! Sedia Untuk Berniaga!
Ah ha! Aiskrim dah siap buat! Peralatan semua pun dah ada! Jadi.. tunggu apa lagi? Jom kita buka stall untuk menjual aiskrim!
Dalam bab ini! Saya kongsikan 6 langkah persiapan yang perlu dilakukan apabila tiba hari untuk anda membuka stall dan mula berniaga!
Hanya perlu follow sahaja step yang ditunjukkan, insyallah rasa nervous itu akan hilang! :)
Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal anda perolehi melalui ebook ini. Memang hebat kan?
YA, sudah pasti ianya hebat dan mampu memberikan anda manfaat dalam usaha anda membina sebuah perniagaan aiskrim yang menguntungkan.
Kini anda dah tak perlu bersusah payah menagih resepi daripada peniaga aiskrim lain yang belum tentu mereka bongkarkan.
Cubalah kalau tak percaya! Oh, adakah anda berkata pada saya yang anda berasa ragu-ragu dengan ebook ini?
Mari sini saya kongsikan bersama anda testimonial-testimonial daripada mereka yang telah pun mengamalkan ilmu yang terdapat dalam ebook hebat ini ...
Testimoni Bisnes Aiskrim
Jangan Buat Tempahan Lagi. Ada Ebook Bonus Tambahan Nak Beri Kepada Anda!
Ebook Bonus #1 : 5 Jenis Aiskrim!
- Ebook ini akan beritahu anda jenis-jenis aiskrim di pasaran Malaysia. Supaya mudah untuk anda cerita dengan pelanggan anda nanti.
- Anda akan ketahui perbezaan antara Aiskrim Colek dengan Aiskrim Lembut? Mana satu lebih untung? Yang mana cepat laku?
- Kemudian anda akan diperkenalkan pula dengan Aiskrim Potong, Aiskrim Goyang & Aiskrim Kelapa.
- Apakah ciri-ciri tong insulasi (tong aiskrim) yang berkualiti? Dan bagaimana nak dapatkannya jika anda cari tak jumpa-jumpa?
Ebook Bonus #2 : Ebook Aiskrim Popsicle
- Ebook ini akan mendedahkan tentang cara-cara membuat aiskrim popsicle secara komersial. Iaitu dengan menggunakan peralatan serta mesin khas yang tersendiri!
- Di dalam ebook ini juga dikongsikan resepi-respi membuat pelbagai perisa aiskrim popsicle!
- Cara membuat aiskrim ini juga ditunjukkan secara bergambar!.
- Margin keuntungan aiskrim ini juga sangat besar! Kos untuk membuat sebatang aiskrim popsicle, hanyalah sekitar 12 sen sahaja! Tetapi, apabila ia siap dibuat, ia boleh dijual dengan harga RM1 sebatang! Jadi, adalah sangat rugi jika anda tidak belajar cara membuat aiskrim ini!
Ebook Bonus #3 : Resepi Sulit Soft Aiskrim
- Ebook ini akan mendedahkan tentang kelebihan dan kekurangan menjalankan bisnes soft aiskrim
- 3 Persiapan yang perlu anda sediakan sebelum boleh memulakan bisnes soft aiskrim ini.
- Resepi rahsia serta penerangan bagi setiap bahan yang digunakan di dalam resepi menghasilkan soft aiskrim ini!.
- Ditunjukan juga cara untuk membuat soft aiskrim ini dengan kos yang sangat murah namun mempunyai kualiti setanding aiskrim berjenama francais!
USAH BERLENGAH!
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SEKARANG!
Baiklah, usah berlengah lagi... Jom jana pendapatan lumayan hingga 4 angka dengan bisnes aiskrim .. Dapatkan maklumat lanjut tentang panduan Bisnes Aiskrim Malaysia ini beserta dengan 3 bonus menarik. Sila klik banner di bawah sekarang!